PDK adalah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya(JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah.
Terdapat tiga model iaitu :-
- Home Based
- Centre Based
- Centre- Home Based
Aktiviti yang ada di PDK adalah :-
i. Kemahiran Motor Kasar
ii. Kemahiran Motor Halus
iii. Perkembangan Sosial
iv. Perkembangan Bahasa
v. Pengurusan Diri
vi. 3 M (Membaca, Menulis dan Mengira)
vii. Permainan, Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan
viii. Latihan Vokasional
ix. Terapi Muzik
x. Sukan Special Olympics
xi. Terapi Berkuda
PDK One Stop Centre yang dikenalpasti menjalankan fungsi seperti berikut :
i. Pusat Intervensi Awal OKU
ii. Pusat Sumber Maklumat OKU
iii. Pusat Rujukan OKU
iv. Pusat Pendaftaran OKU
v. Pusat Advokasi
Faedah PDK kepada OKU adalah :-
i. Program latihan dan pemulihan yang bersesuaian mengikut keperluan dan jenis kecacatan.
ii. Tidak diasingkan dari keluarga, rakan dan masyarakat di mana ia dibesarkan.
iii. Memupuk sikap lebih berdikari di kalangan OKU.
iv. Hubungan dan sokongan antara OKU dan keluarga dapat dipupuk dan diperkukuhkan.
Faedah PDK kepada Keluarga dan Masyarakat adalah :-
i. Insiden kecacatan dapat dikurangkan atau kecacatan lebih teruk dapat dicegah melalui intervensi awal dan sokongan keluarga yang dilatih.
ii. Meningkatkan kesedaran di kalangan ahli keluarga akan potensi anak mereka untuk membangun dengan latihan dan bimbingan.
iii. Meningkatkan keyakinan komuniti terhadap keupayaan yang ada dan menjadikan masyarakat lebih matang dan penyayang.
Permohonan kemasukan ke PDK dengan cara berikut :
i. Permohonan kemasukan boleh dibuat terus ke PDK yang berhampiran di dalam komuniti dengan mengisi Borang Pendaftaran Pelatih PDK.
ii. Sekiranya tiada maklumat berkaitan PDK yang berhampiran, boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
iii. Permohonan kemasukan boleh juga dibuat di PDK lain yang berhampiran.
Tiada bayaran yang dikenakan, malah Pelatih OKU di PDK akan diberikan Elaun Khas OKU bagi menampung belanja pengangkutan OKU ke PDK.
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Community-Based Rehabilitation (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, JKM telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berkembang dengan pesatnya ke seluruh negara.
i. Program PDK boleh diwujudkan atas permohonan daripada mana-mana komuniti setempat dengan mendapat sokongan dan kelulusan dari JKM.
ii. Pewujudan PDK hendaklah mengambil kira perkara berikut:-
a. Bilangan OKU
Mempunyai sekurang-kurangnya 10 OKU yang memerlukan pemulihan di sesuatu komuniti. Sekiranya kurang daripada 10 OKU, permohonan boleh dipertimbangkan mengikut keperluan setempat.
b. Lokasi PDK
Lokasi PDK mestilah di dalam kawasan komuniti yang strategik serta mudah diakses oleh OKU dan keluarga.
c. Komuniti Penggerak
Individu atau kumpulan dalam komuniti yang mempunyai minat dan komitmen serta boleh menyumbang kepada pelaksanaan PDK.
d. Nasihat oleh PKMD
Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada PKMD mengenai pewujudan dan pelaksanaan PDK.
e. Berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
Struktur Jawatankuasa PDK adalah seperti berikut :
i. Penasihat
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)
ii. Pengerusi
Ahli Komuniti Setempat / Ibubapa / Penjaga (yang dipilih)
iii. Timbalan Pengerusi
Ahli Komuniti Setempat / Ibubapa / Penjaga (yang dipilih)
iv. Setiausaha
Ahli Komuniti Setempat / Ibubapa / Penjaga (yang dipilih)
v. Penolong Setiausaha
Ahli Komuniti Setempat / Ibubapa / Penjaga (yang dipilih)
vi. Bendahari
Ahli Komuniti Setempat / Ibubapa / Penjaga (yang dipilih)
vii. Ahli-Ahli Jawatankuasa
Ahli Komuniti Setempat / Ibubapa / Penjaga / OKU
viii. Ex-Officio
Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Khas)
Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah
Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Daerah
Mana-mana pihak / agensi yang berkaitan
i. Pelantikan Jawatankuasa PDK adalah melalui mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa PDK.
ii. Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa PDK yang dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD).
iii. Pelantikan untuk menganggotai Jawatankuasa PDK mestilah di kalangan ahli yang hadir pada mesyuarat tersebut.
iv. Cara pelantikan adalah melalui undi majoriti.
v. Pelantikan Setiausaha mesyuarat adalah budi bicara PKMD.
vi. Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa PDK hendaklah diadakan setiap 2 tahun sekali.
Ahli Jawatankuasa PDK hendaklah tidak kurang daripada 11 orang dan tidak melebihi 15 orang; dan mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli wanita atau sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli lelaki.
Peruntukan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan disalurkan bagi PDK baru dan PDK sedia ada setelah mendapat kelulusan untuk membiayai:-
Elaun Khas OKU
Bayaran saguhati kepada Penyelia dan Petugas
Sewa premis.
Pembayaran Utiliti.
Pelaksanaan program/aktiviti.
Pembelian peralatan (PDK Baru sahaja)
Pelatih OKU di PDK boleh menerima hanya satu jenis sahaja samada Elaun Khas OKU atau Elaun Pekerja Cacat (EPC).
Pelatih OKU hanya boleh menerima satu sahaja Elaun Khas OKU sama ada daripada PDK / Sekolah Pendidikan Khas / Pertubuhan Sukarela (NGO).
Permohonan kutipan derma perlu mendapat kelulusan pihak polis.
Kriteria Kemasukan Pelatih di PDK adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Semua kategori OKU.
Hari / Waktu Operasi PDK bagi negeri-negeri adalah seperti berikut;
- Hari Isnin hingga Khamis di Pusat dan lawatan ke rumah pada hari Jumaat.
- Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi PDK pada hari Ahad hingga Rabu dan lawatan ke rumah pada hari Khamis.
- PDK beroperasi selama empat (4) jam sehari.